Tidak Ada Otak!
Seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya pada suatu hari. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu ada harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa pelajar berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan Insya Allah pun pak cik tak sebut?" Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang tak de otak, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat habis duit PTPTN saja!" Terdiam sejenak doktor itu.
(Wahai anak-anak muda, hargailah kemudaanmu itu. Jauhilah perkara-perkara yang tidak baik lagi merbahaya. Anda semua adalah aset UMMAH buat menjayakan WAWASAN 2020!)
(Wahai anak-anak muda, hargailah kemudaanmu itu. Jauhilah perkara-perkara yang tidak baik lagi merbahaya. Anda semua adalah aset UMMAH buat menjayakan WAWASAN 2020!)
0 comments:
Post a Comment