Related Posts with Thumbnails

Saturday, April 24, 2010

Kelompok Perosak Didalam Politik UMNO - 1


Assalamualaikum,
Ish! macam bagus lak aku bila menulis tajuk diatas, iyelah memang macam bagus. Tetapi jika aku tak menuliskannya sampai bila perkara ini terus menjadi barah dan petualang kepada kerosakan manusia yang bernama ahli politik. Selama ini aku diuar-uarkan bahawa pemimpin itu sombong, pemimpin itu berlagak namum. Setelah aku dalami perkara ini, aku dapat merasakan bahawa punca kerosakan dan kejatuhan pemimpin itu bukan semuanya datang dari sikap pemimpin itu sendiri, tetapi dari sikap orang kiri dan kanan yang kekadang melebihi dari sikap pemimpin itu sendiri. Aku mengamati sikap setengah pemimpin itu yang sebenarnya tidaklah ada seperti yang dinyatakan tetapi perangai yang menjelikkan itu datangnya dari sikap pegawai-pegawai mereka yang tidak tentu hala.

Disini aku memulakan perkara-perkara yang memualkan aku sepanjang pemerhatian aku.

1- Berlagak
2- Menyombong
3- Pencipta protokol
4- Tamak
5- Rasa diri bagus sangat
6- Pembuat dasar birokarasi
7- Membuat janji tetapi bukan yang komited
8- Penipu
9- Pembelit
10 - Ish!... Banyaklah lagi..

Disini aku ingin memulakan dengan beberapa orang yang bakal aku sentuh.. Insyallah aku akan bongkarkan sedikit demi sedikit. Biar sampai pemimpin-pemimpin parti politik sedar bahawa yang merosakkan imej mereka adalah pegawai mereka sendiri. Nantikanlah pembongkaran bahagian kedua.

TualangSekah

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP