Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 29, 2010

Jentera BN rajin dan kerja keras tapi macam orang mabuk tak guna otak

Artikel Dari:TheUnspinner


Yang kaki botol adalah Zaid tapi kami rasakan jentera BN bergerak macam mereka pula yang mabuk. Jentera BN tidak tersusun dan kelihatan seolah2 tidak tahu apa patut dilakukan. Berterabur.

Pertama jentera BN tidak bekerja sepadu. MIC buat kerja dia, MCA buat kerja dia. UMNO buat kerja dia. Command Centre yang besar hanya berfungsi untuk operasi UMNO. Bilik2 Pemuda, Wanita, Penerangan dll tidak didiami oleh parti2 komponen. Tak faham kenapa command centre jauh dari pusat di Kuala Kubu Baru dan tidak central.

Dua, untuk tempat macam Hulu Selangor, komunikasi adalah satu masaalah. Hulu Selangor ini besar kawasannya dan kemudahan Internet terjejas. Patut difahami bahawa komunikasi utama adalah risalah, ceramah, rumah ke rumah, jumpa kawasan awam di kedai kopi dll. Maaf saya cakap, UMNO dan BN lemah dalam semua bidang ini.

Kami difahami kononnya ada goup SelangorKita yang ditanggungjawab menyebar risalah. Boss mereka cakap besar seolah-olah mereka dah sedia bahan, timing dan tempat sebelum orang lain. Rasanya nak sumbat stokin dalam mulut Dato tu. Mereka sub kontrak ke group lain sebenarnya. INi kes dia orang sapu duit ta[pi ornag lain buat kerja gut?

UMNO lemah dalam penyebaran risalah. Ini patut kerja kumpulan macam Pemuda dan Puteri.

Ketiga, bahan yang disebarkan. Nampaknya bahan yang disebarkan tidak memahami psikoloji orang yang membaca. Kami terjumpa satu majalah bernama MediaNusa.


Sekali baca ini kerja ciplakun dari blog2. Majalah ini dijumpai di majlis MCA untuk pujuk Cina. Terkandung dalamnya adalah isu Zaid persoal Ketuanan Melayu, gambar Eli Wong tak ada moral dll. Ini menunjukkan kita beberapa perkara.

a) ini ada kutu kerja menyamun material orang tanpa memperakui siapa punya bahan.
b) boleh jadi ad akutu guna peluang untuk samun bujet umno untuk buat duit dari ciplak bahan orang.
c) penyebar majalllah ini betul tak ada otak. Ada ke hantar kawasan cina. mana tidak cina sensitif,
d) penulis tak faham bahawa propaganda pilihanraya mesti fokus, mudah/simple dan terpilih. Terlalu banyak sangat mesej yang mahu disampaikan dalam majalah ini dan juga majalah SelangorKita. Selangor kini pembangkang sudah sedar perkara ini dan pendikkan jadi fokusm mudah/simple dan terpilih dan bukan sebemban seperti yang merteka pernah lakukan.

Keempat, Dato2 dan pemimpin jentera UMNO dilihat bermain politik sesama sendiri. Pasal tak suka Mat Taib, ada mereka tidak mahu sediakan material untuk jawab isu Felda Sg Buaya.

Ada pula sibuk nak jaga bontot sendiri. Ada satu risalah nampak macam risalah seorang pemimpin nak menjawab kontroversi dari kesalahannya sendiri yang tidak peka semasa mengatur Konvensyen BN. Siap bayar orang khusus untuk tengok kalau boss kena.

Ada pula macam seorang Ketua Wanita syok nak atur kempen untuk mengetengahkan diri sendiri dan bukan untuk bekerjasama dengan pengurusan.

Masaalah tidak percaya mempercayai antara satu sama lain begitu tersebar. Kebanyakan tidak percaya mempercayai kebolehan sesama sendiri dan akhirnya buat kerja sendiri.

Kalau ada ide nak kasi pada orang UMNO, mereka suka perkecilkan kebolehan dan keupayaan orang lain. Ada lepas tu akan samun idea orang for free.

Kelima, UMNO hanya pandai event management dan bukan pandai berkempen. Patutnya dengan ahli pulohan ribu di Hulu Selangor, UMNO dan BN patut ada orang di setiap kedai kopi, tempat awam, rumah ke rumah, dan lain2 untuk memberi risalah, bercakap, memujuk, dll.

Kadang2 memenangi pilihanraya melibatkan cutting deal. Perlu diketahui loudspekaer dan opinion leader satu2 tempat.

Keenam, UMNO tak tahu pilihanraya zaman IT. Walaupun Internet akses di Hulu Selamgor slow, ini tidak bermakna cara berkempen tidak bileh di IT kan. IT bermakna data base, penyebaran maklumat segera, respons yang cepat dan pelbagai media.

Kalau pembangkang bantai dengan dakyah, kita kena boleh jawab dengan risalah atau SMS blast. SMS blast yang disebarkan oleh operatif BN nampak sangat berfikir macam UMNO dan hanya faham pengundi UMNO. Mesejnya pun mondom. Tak appeal. Tak cool. Mesej yang tak kena pada medium media yang digunakan.

Mula fikirkan penyebaran video. Video production sudah tidak makan masa macam dulu dan ada keupayaannya sendiri seperti face to face communication.

Ketujuh, cubalah berseni sedikit bila nak sampaikan mesej. Bandingkan bawah ini, lain tak limit kasarnya.


Kelapan, kebanyakkan masaalah yang disebuta da kemajuan tapi masaalah yang asyik berulang berkali2 adalah Pemuda dan Puteri lembab dan tidak efektif. Inilah dia bila tidak ada semangat juang tapi memikirkan wang dan upah.

Apa perlu UMNO belanja duit dan upah orang jika tenaga Pemuda dan Puteri ada? Harapkan baju berseragam dan cantik aje? Semangat elek!!!!

Ketua Pemuda dan Ketua Puteri patut dipersalahkan dan lakukan sesuatu. Mungkin Ketua2 Pemuda dan Puteri tidak patut jadi Menteri jika pergerakan masing2 tidak bergerak ..... Kedua2 Ketua nampaknya hanya syok sendiri datang Majlis disambut macam VIP.

Kesembilan, kenapa Cina tidak undi BN? Jawabnya Cina masih menyampah dengan MCA. Chua Soi Lek jangan salahkan Perkasa. Jentera MCA paling lemah sekali dalam semua PRK2. Batang Kali pun anti Chua Soi Lek. MCA hanya nak menyalahkan UMNO tapi bila diminta suggestion, tak ada di kasi. Otak MCA dah lembab. Bila mereka nak menuntut sesuatu, mereka hanya menyalahkan UMNO tapi tak salahkan diri sendiri. Gerakan lagi tak boleh harap. Baik mereka masuk DAP.

Kau orang sila tambah2.

UMNO ni kena bedil sampai mampus baru nak sedar. Kalau mereka tidak berasa cemas dengan kemenangan nipis di Hulu S'ngor tak tahulah. KUbu BN dah boleh terima pembangkang.

Padahal jentera PKR hancur tengah jalan pasal kena bom. Itu pun kita tak boleh score banyak2.

Masaalah sikap, attitude, semangat, kesungguhan, keupayaan, dan kerjasaam dalam UMNO sangat meruncing. Jangan terlalu selesa. Kamalanthan boleh jadi Parthiban dan Hulu Sngor boleh jatuh kembali ke pembangkang pada PRU13 ...

Oh ye ... Terakhir sekali, syabas blogger Pro UMNO. Hangpa hebat dan berkoordinasi. Harap tidak ada malaun cuba mengambil peluang nak menaikkan politik peribadi dan sapu duit hasil kejayaan blogger kali ini.

Yang hebat adalah blogger pro UMNO yang independent dari mana2 perkumpulan. Kalau ikut birokrasi UMNO, tulisan macam pakai kondom.

Tambahan Aku: TualangSekah

Sikap jentera BN amat-amat lembab dan lebih kepada syok sendiri. Nak harapkan balasan yang sampai kepada mereka. Tiada upah or budget yang mereka nak telan macam gampang punya kerja.


Nakkan harap brother depan sekali semuanya. Aku tengok dia dah macam orang nak mati buat kerja. Brother ni lah yang aku tengok siang-malam nak mengerakkan jentera BN. Mentang-mentanglah dia ni pegawai menteri.. habis semua nak dilambak kerja ke dia.

Jentera BN dari bahagian-bahagian yang aku nampak buat kerja lebih sikit adalah bahagian gombak. Itupun sebab KP dia depa anak buah respect sikit. Nak harapkan bahagian lain langsung macam sial tunggu peruntukkan. Yang aku heran, Bahagian Tanjung Karang pun jarang-jarang benar yang buat kerja. Aku dengar ade yang pergi medan sewaktu Ketua Bahagian depa tengah sibuk gile.. Ketua depa dah la tidur 2 jam sehari.. Pegawai yang aku nampak buat kerja brother yang kerja tu.. naik pucat muka aku tengok.

Aku nak tegur sikit dekat pegawai-pegawai Noh Omar sikit. Jangan terlalu menyombong sangat dengan orang. Yang aku heran, boss diaorang tak la sombong tetapi pegawai-pegawai dia yang berlebih-lebih. Orang nak bersalam siap kena marah depan orang lagi. Cubalah jangan sangat nak berlagak. Diaorang kena fikir, diaorang sebenarnya telah merosakkan nama baik boss diaorang sendiri. Kalau korang tak percaya, tanyalah orang-orang pernah cuba berurusan dengan menteri ni. Percayalah mesti korang akan dapat jawapan bahawa ini perkara yang betul.

Aku akan terus menegur dan menegur..

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP