PRK Hulu Selangor - Pertarungan Antara Noh Omar Dan Khalid Ibrahim
Oleh Mata Gelap
Tempoh berkempen kian hampir tamat di Hulu Selangor, samada jentera PKR ataupun BN kedua parti sibuk melaksanakan persiapan kerja saat-saat akhir sebelum pengundian pada 25 April nanti.
Sekiranya keputusan pilihanraya nanti akan memihak kepada BN nanti, orang yang mampu tersenyum lebar sudah tentu Noh Omar yang merupakan timbalan Pengerusi BN Negeri,namun sekiranya PKR yang menang Khalid Ibrahim akan pula akan mendapat nama.
Samada Noh Omar ataupun Khalid Ibrahim, kedua tokoh ini seringkali diserang bertubi tubi dari musuh politik masing-masing, dengan niat untuk menjatuhkan imej personaliti yang dimiliki.
Setakat ini Noh Omar di Hulu Selangor dilabelkan sebagai perkauman oleh jentera PKR, gara-gara hanya membaca teks ucapan Tun Tan Siew Sin dan Tun VT Sambathan yang mengucapkan terima kasih kepada UMNO pada suatu ketika dahulu demi perpaduan Barisan Nasional, ucapan tersebut dilontarkan sewaktu konvesyen BN di Shah Alam baru baru ini.
Manakala nasib yang sama juga diterima oleh Khalid Ibrahim, dari isu pembelian saham Talam Corporation oleh Kerajaan Selangor yang tidak munasabah, hinggalah dakwaan polisi kerajaan negeri dikontrol oleh DAP di Selangor, Khalid Ibrahim terpaksa meredah segala tuduhan tersebut.
Samaada isu dan persepsi yang dimainkan mampu membuatkan kedua tokoh politik ini terduduk atau tergamam, hanya pengundi yang mampu menterjemahkan pada 25 April nanti.
Situasi PRK di Hulu Selangor sebenarnya benar-benar mencabar BN dan PKR, kedudukannya yang hampir dengan Kuala Lumpur menyebabkan bahang pilihanraya tersebut diikuti dekat oleh media dan sebahagian besar rakyat Malaysia.
Situasi PRK di Hulu Selangor sebenarnya benar-benar mencabar BN dan PKR, kedudukannya yang hampir dengan Kuala Lumpur menyebabkan bahang pilihanraya tersebut diikuti dekat oleh media dan sebahagian besar rakyat Malaysia.
Bak kata Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia, PRK Hulu Selangor seumpama referendum terhadap polisi kerajaan. Oleh itu kita dapat lihat samada Noh Omar ataupun Khalid Ibrahim keduanya terpaksa berkerja keras memastikan jentera parti masing-masing mampu mengharungi cabaran .
Kredit Kepada : http://neutraldaily.blogspot.com
Kredit Kepada : http://neutraldaily.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment