Related Posts with Thumbnails

Sunday, April 25, 2010

Noh Omar Jawab Tuduhan PKR!



Datuk Seri Noh Omar telah dituduh secara hebat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) sebbagai seorang yang perkauman . Hanya dengan memetik kata-kata kedua-dua pemimpin besar dahulu yang memperlihatkan asas perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa .
Tun Tan Siew Sin , Presiden MCA dalam akhbar tempat bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges “ dalam ucapan pada 30 April 1969 . “ The Malays , through UMNO , were generous enough to relax the citizenships laws of this country to such an extend that within 12 months of independence , 90% of non Malays become citizens whereas before independence 90% were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in Malays state . In return for this major concession , the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.”
Terjemahan :
Dalam ucapanya yang bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90% penduduk bukan melayu telah menjadi warganegara berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90% daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri melayu . Dan sebagai membalas kemurahan hati orang melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang melayu dan sekaligus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain .
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.
Ucapan YB Tun V.T Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 .
“Now, In 1955 we won the election with a great majority . Then we obtained freedom in 2 years times . During this period, we had to discuss citizenship and various other thing . Now what did the malay do- since we are speaking on racial lines – what did the malay leadership do ? They had 88% of the electorate still with them . What did they do with citizenship ? If we loop around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon and is not welcomed in Burma . Look at my brother Chinese race; it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all other areas what help to they get for citizenship in all this territories ? In Burma, as we know Indian has been sent packing, in Ceylon they refuse them citizenship and in Burma is likewise. I know it, you know it . And yet in Malaya what happened ? here, we found that the Malay leadership said, “we shall take them unto ourselves as brother, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so in 1957, for the whole year, we walved language qualification, and tense of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and other became citizens …
As I said, it has been great good fortune to have been born in this country . Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguard us? I am 10% minority race here. But I am happy here.”

Terjemahan :
Pada 01 Jun 1965 , Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata,
“Pada tahun 1955 kita telahh memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tertinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan 2 tahun kemudian.”
Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalanya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap meneyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88% daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat Negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita Kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kemboja dan di Negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?
Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberi taraf kewarganegaraan seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di Negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1997 dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di Negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10% minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP