BUAT UMNO SELANGOR. ISH! TAK TAHU APA LAGI NAK DITEGURKAN
Perlukah UMNO Selangor Dirombak ? Dari Blog: Ruang Bicara Faisal
Oleh yang demikian, hari ini saya ingin mengajak ahli-ahli UMNO terutamanya yang dari Selangor berbincang dan memberi pendapat anda semua berhubung dengan UMNO Selangor. Perlu atau tidak UMNO Selangor dirombak semula ?
Pada pandangan saya, UMNO Selangor sekarang berada pada tahap yang lemah dan ianya memerlukan suntikan baru. PKR di Selangor sekarang sebenarnya berada pada tahap yang cukup lemah. Bermacam isu dan pelbagai masalah. Tetapi, selemah-lemah PKR lemah lagi UMNO Selangor.
Mereka tidak cekap dan tidak pandai mengambil kesempatan diatas kelemahan atau kesilapan yang dilakukan oleh parti yang memerintah Selangor sekarang. Saya tidak tahu dimana silapnya ?
Adakah kerana mereka sudah banyak lemak dan tidak mampu untuk bertarung lagi atau mereka hanya bersandarkan kepada keajaiban Datuk Seri Najib sebagai pengerusi perhubungan negeri.
Dalam hal ini kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada DS Najib. Kita faham yang beliau seorang PM dan memegang pelbagai jawatan lagi. Satu negara perlu dijaganya. Belum lagi dikira urusan antarabangsa. Sudah tentu beliau menghadapi masalah masa.
Masalah yang saya nampak ialah orang-orang dibawah DS Najib yang gagal menjalankan tugasnya di Selangor. Jika keadaan ini berterusan dan tidak dibaiki dengan segera saya rasa kita boleh lupakan hasrat merampas kembali Selangor.
Antara yang perlu digugurkan daripada kempimpinan UMNO Selangor seperti berikut.
Noh Omar - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.
Gagal memainkan peranan dan memberi tumpuan kepada UMNO Selangor. Masih lagi mengamalkan cara politik tradisional sedangkan budaya politik sekarang telah berubah.
Mungkin juga kerana beliau tidak merasakan yang dia pembangkang kerana dia berada dalam pentadbiran kerajaan pusat. Apabila dia tidak merasakan dirinya seorang anggota pembangkang ,sudah tentu dia tidak bersemangat untuk berentap dengan kerajaan Selangor.
Jika khidmat Noh masih diperlukan dalam UMNO Selangor, maka dia perlu letak jawatan sebagai menteri dan beri tumpuan 100 % kepada UMNO Selangor. Jika dia mahu kekal sebagai menteri, maka dia boleh lupakan UMNO Selangor.
Suhaimi Ghazali - Ketua Pemuda UMNO Selangor
Mamat ini saya tidak perlu komen panjang-panjang. Satu Selangor sudah tahu tentang kematian pucuk akal fikirannya. Perjuangannya hanya untuk kepentingan peribadi.Beliau sesuai menjadi ketua murid (ketua pengawas) kepada murid-murid sekolah rendah.
Bukan lagi 100 % gagal, tetapi 1000 % gagal. Kalau saya nak tulis pasal mamat ini tiga hari tiga malam tak habis. Tetapi jika dia tidak digugurkan atau letak jawatan, maka saya akan tulis semua kisahnya dan kisah apa yang dia buat semasa dia menjadi adun Selangor dalam penggal yang lepas.
Satim Diman -Setiusaha Umno Selangor
Yang ini pun lebih kurang Suhaimi juga. Yang saya tidak boleh terima ialah sewaktu dia menjadi pengerusi majlis semasa majlis pengumuman calon Hulu Selangor. Setiausaha kepala otak apa kalau jawatan pemimpin tertingi pun dia tak tahu. Ada ke patut dipanggilnya Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden BN. Sedangkan dalam BN TSMY adalah Timbalan Pengerusi.Satim adalah salah satu contoh kegagalan UMNO memilih pemimpin.
Walaupun rupa kacak tetapi otak lembab. Gagal memainkan peranan dalam keadaan perang walaupun beliau orang lama. Menang tak banyak, hanya 45 undi sahaja tetapi tidak pernah insaf. Masa yang ada bukan nak digunakan untuk bekerja tetapi banyak dihabiskan di padang golf.
Abdul Shukur Idrus - Ketua Penerangan UMNO Selangor
Gagal...gagal...gagal....cuba kita semua pakat-pakat tanya dia sepanjang dia memegang jawatan berkenaan sudah berapa kali dia turun berceramah. Bukan maksud saya ceramah yang dianjurkan olehnya, tetapi yang DIA SENDIRI BERCERAMAH.
Ramai ahli dan ada di juga di kalangan pemimpin UMNO yang sering mengutuk Datuk Ahmad Maslan, kononnya dia gagal menjalankan tugasnya sebagai ketua penerangan UMNO pusat. Tetapi seteruk-teruk Ahmad Maslan di mata orang yang mengutuk itu, dia tetap komited menjalankan tugasnya. Seluruh negara dijelajahinya untuk berceramah dan dia berjaya dalam program Juara Rakyat yang dicetuskan olehnya, hingga PM pun mengiktirafkan program tersebut dan minta ianya diperluaskan lagi.
Apabila teringatkan Juara Rakyat yang dicetuskan oleh Ahmad Maslan, saya teringatkan arwah Tok Mat yang mencetuskan program Semarak semasa zaman Tun Dr M menjadi PM. Dan ternyata program-progran begitulah yang merapatkan pemimpin dan rakyat.
Semasa BN menjadi pembangkang di Trengganu dulu, pujian harus diberikan Datuk Seri Idris Jusoh dan rakan-rakannya. Mereka komited dalam usaha merampas balik Trengganu dari Pas. Akhirnya usaha mereka berjaya dan dalam pru 2004 BN berjaya tawan balik Trengganu. Saya masih ingat lagi bagaimana Idris Jusoh melancarkan Gelombang Biru bersiri. Di Selangor sampai hari ini Noh Omar dan Shukur belum mencetuskan apa-apa gelombang lagi.
Lihat gambar bernombor 26 di sini dan lihat juga laman web penerangan UMNO Selangor di sini. Laman tersebut dikemaskini 'setiap hari' nampaknya. Kalah Utusan Online, malaysiakini dan parpukari.
Cukuplah setakat ini dulu untuk kali ini. Saya akan menulis dengan lebih keras lagi selepas ini. Saya minta anda semua kemukakan pendapat atau suara anda disini. Maklumat daripada anda juga diperlukan tentang orang-orang di atas. Anda boleh hantarkan melalui komen atau e mel kan kepada saya di rbf_501@yahoo.com. Saya tidak akan siarkan alamat e mel anda.
Saya beri ruang seluas-luasnya kepada anda untuk suarakan pendapat anda demi menyelamatkan UMNO Selangor. Gunakan hak demokrasi anda di dalam UMNO demi kesinambungan parti keramat ini dan untuk menyelamatkan Selangor.
0 comments:
Post a Comment