Diantara Kita dan Mereka..
Adakah kita sedar bahawa kehidupan kita dibumi Malaysia ini sungguh bertuah. Jika terdapat mereka yang susah dengan cepat bantuan diterima sehinggakan ada yang menyatakan bahawa yang susah lebih senang daripada yang senang. Kerajaan yang prihatin diadunkan dengan sikap rakyat Malaysia yang begitu permurah. Jika diamati dari gambar ini, Aku teringat kisah aku diJakarta. Gambar ini amat sesuai dengan watak yang aku lihat sewaktu aku didalam perjalanan aku ke Airport dimana kesesakkan trafik telah memberikan pengajaran buat semua delegasi didalam bas sehinggakan terdapat yang menangis apa bila melihat si Abang yang lebih kurang berumur 7 tahun sedang mengendong adiknya berumur 3 tahun sedang lena dibelakang abangnya untuk menjual surat khabar yang telah luput tarikhnya demi mendapatkan sesuap makanan buat mereka berdua. Namum diatas prihatin temanku kami semua telah mengumpulkan 100ribu rupiah seorang dan didarabkan seramai 44org anak2 itu telah mendapat rezeki 4juta rupiah lebih diwaktu itu. ALLAH swt telah menetapkan rezeki anak2 pada hari itu datangnya dari poket kami semua. Aduh... kesedihan aku tidak dapat dibendung apabila siAbang telah melututkan melakukan sujud syukur dikala wang itu didalam gengamanya. Hati aku juga begitu terharu dengan sikapnya begitu matang didalam menjalani kehidupannya bersama adiknya itu. Aku berdoa kepada ALLAH swt semoga anak-anak itu menjadi insan yang berguna kelak.